SAKIT KRONIK SENDI (A)
Sendi merupakan hubungan antartulang sehingga tulang dapat digerakkan. Artartulang bermaksud hubungan bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu, yang juga disebut persendian dan artikulasi. Antartulang dalam tubuh mempunyai berhubungan satu dengan yang lain agar dapat melakukan fungsinya dengan baik. Hubungan antartulang itu lah disebut persendian dan artikulasi.
ADAKAH KENCING MALAM DI ANGGAP SUATU PENYAKIT?
Kencing malam perkara lumrah dialami kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja. Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun. Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus). Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki. Kencing malam bagi orang dewasa dianggap serius kerana ini mungkin suatu penyakit dimana pundi kencing rosak atau sukar untu mengawal pundi kencing.
Kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder(OAB). Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka adalah, malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (tincontinen) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian. Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB. A kibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas
Faktor Penyebab Sering Buang Air Kecil :
Bila frekuensi buang air kecil jauh lebih sering dari biasanya maka hal itu dapat menunjukkan adanya masalah atau gangguan dalam tubuh. Permasalahan yang dapat menyebabkan naiknya frekuensi buang air kecil antara lain :
1) Infeksi Saluran Kemih (ISK)
2) Diabetes
3) Prostatitis akut
4) Kandungan saluran pundi kencing terlalu aktif (overactive bladder)
5) Pembesaran prostat
6) Menstruasi
7) Kehamilan
8) Sistitis intestisial
9) Stroke atau penyakit neurologis lainnya (kerosakan saraf yang mengendalikan saluran pundi kecing dapat menyebabkan masalah fungsi pundi kencing, termasuk berlakunya membuang air kecil secara tibaa-tiba
10) Berat badan berlebihan atau usia meningkat yang menyebabkan otot pelvik lemah.
Rawatan kerap kencing malam :
1) Jumpa doktor segera untuk mengenalpasti rawatan bagi kebocoran kencing
2) Lakukan senaman - fisioterapi untuk menguatkan otot pelvik
3) Ramai lelaki menggunakan kaedah ‘penile clamp’ (pengepit zakar) di tengah zakar bagi mengurangkan pengeluaran air kencing. Pengepit zakar boleh menyebabkan zakar melecet
4) Kurangkan berat badan
5) Elakkan merokok
6) Pembedahan - jika fisioterapi tidak berkesan, kaedah lain boleh digunakan iaitu ‘male sling’ (sling lelaki) dan ‘artificial urinary sphincter’ (sphincter kencing tiruan)
SUSAH BUANG AIR BESAR/SEMBELIT?
SUSAH BUANG AIR BESAR/SEMBELIT
Sakit Perut / Susah Buang Air Besar juga dikaitkan dengan Sembelit. Sembelit begitu menyiksa bagi mereka yang pernah merasakannya. Semblit yang berlaku pada diri kita boleh membuatkan lubang pembuangan air beasr menjadi pedih dan boleh membuatkan 'lubang itu' berdarah. Sembelit disebabkan oleh feses (tinja) yang mengeras. Ini disebabkan anda terlalu lama tidak melakukan pembuangan air besar. Kekurangan cairan juga salah satu penyebab anda mengalami sembelit. Sebolehnya kita haruslah membuang air besar setiap hari dan seeloknya di waktu pagi. Kalau boleh, jangan membiarkan diri anda tidak membuaang air besar lebih dari 3 hari kerana feses akan mengeras.
Jika organ dalam badan kita bermasalah dan lama tidak membuang air besar, ini akan membuatkan kita menjadi sembelit. Sembelit juga membuat perut nampak buncit dan rasa angin akan terkumpul dalam badan lalu menjadi diri anda tidak selesa. Sembelit untuk jangka masa yang agak lama, boleh mengakibatkan konstipasi. Penyebab seseorang sulit membuang air besar bermacam-macam jenis. Anda janganlah khuatir kerana ada beberapa cara sederhana yang dapat dilakukan untuk mencegah atau mengurangkan sembelit. Anda juga harus tahu mengapa terjadinya sembelit.
Antara Perkara Yang Membuatkan Anda Sembelit Adalah :
1) Kurangnya minum air suam dan tidak suka makan makanan yang berserat seperti sayuran
2) Makan makanan yang terlalu masam dan terlalu pedas
3) Pergerakkan otot usus abnormal mungkin disebabkan oleh ubat, panas dalam badan dll
4) Kadang-kadang kehamilan juga menjadi penyebab tapi tidak semua orang yang kena
5) Suka menunda buang air besar mungkin kerana anda sibuk membuat kerja rumah atau pejabat
6) Usus kurang elastis atau tidak kuat untuk mengecut dan mengembangkan otot
7) Kurangnya aktiviti senaman, kurang bergerak, terlama duduk membuatkan usus besar kurang bekerja sehingga feses sulit turun
8) Gangguan pada sistem pencernaan
9) makanan/minum minuman yang pekat atau kelat seperti coklat dan teh
Sembelit boleh dirawat dengan cara :
1) Banyakkan minum air suam sekurang
2) Jaga pemakanan - amalkan makanan berasaskan fiber sperti roti yang tinggi serat, banyakkan makan sayur dan kurangkan makan yang pedas2
3) Rajinlah makan buah-buahan seperti betik, pisang dan prune
4) Jumpa doktor perunding dengan segera untuk megelakkan ia menjadi lebih teruk
5) Jangan suka meneran ketika 'membuang' guna cecair parafin (pelembut najis)
6) Lakukan senaman yang kerap kerana bersenam mampu meningkatkan kadar metabolisma, juga boleh mengurangkan stress
7) Amalkan petua-petua seperti minum minyak kelapa dara, makan buah delima, minyak belut, terung susu kambing dll
8) Buang air besar setiap hari dan jangan ditangguh walaupun anda sibuk
9) Cuci usus untuk membantu usus lebih efesien menyerap nutrien
10)Biasakan dan amalkan cara hidup organik
KORONARI ARTERI YANG PATUT KITA KETAHUI
Penyakit Jantung Koroner adalah penyempitan pembuluh darah kecil yang memasuki darah dan oksigen ke jantung. Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Ini disebabkan oleh pembentukan plak di dinding arteri, dikenal pula sebagai pengerasan arteri. Turut dikenali sebagai penyakit koronari arteri. Ia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang kesemuanya berkaitan dengan pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung itu sendiri bagi membolehkannya mengepam darah. Berlaku apabila saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolesterol. Jika keadaan ini berlanjutan pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah berkurangan ke tahap yang kritikal, seseorang itu akan mendapat serangan jantung. Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan. Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Antara Gejala Koronari Arteri :
a) Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dadab) Berat pada dada
c) Senak dada
d) Sukar bernafas - sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu
berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti
boleh menyumbangkan masalah ini.
Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
i) Sakit dada yang stabil - mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.ii) Tidak stabil - mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini
dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
Faktor risiko utama termasuk:
a) Merokok
b) Paras kolesterol yang tinggi
c) Tekanan darah tinggi
d) Diabetes
e) Peningkatan umur
Faktor risiko yang lain termasuklah:
a) Kegemukan (Obesiti)
b) Kekurangan Aktiviti Fizikal
c) Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
d) Kaum etnik
Tanda & Simptom:
a) Komplikasi
b) Lemah jantung
c) Denyutan jantung yang luarbiasa
d) Berpeluh-peluh
e) Rasa lemah badan
f) Sakit pada hulu hati
g) Pening kepala
h) Sering pengsan
Penyakit Ini Boleh Dicegah Jika
b) Berhenti merokok
c) Pemakanan seimbang
d) Mengekalkan berat badan yang unggu
Cara-Cara Pencegahan/Rawatan :
a) Mengurangkan pembekuan darah / mencairkan darahb) Mengurangkan kadar denyutan dan tekanan darah supaya mengurangkan keperluan oksigen oleh jantungc) Mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan bekalan oksigend) Pengawalan kolestrol/berat badan secara optimae) mengawal tekanan darah tinggif) Mengawal paras gula untuk pesakit diabetes Jika anda di diagnos penyakit koronari arteri, anda akan dirawat melalui kaedah perubatan.Antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung ialah: a) Ujian ECG - ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit yang mengalami angina tidak stabilb) Ujian darah seperti enzim kardium dan troponinc) Ujian tekanan pengisar injakand) Ujian Angiogram koronari (ujian mengesan penyakit jantung dengan menggukan tiub kateter)
e) Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.
f) Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.
Omega-3 Untuk Peningkatan Minda Remaja
Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka. Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja. Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan. “Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani,” kata ketua penyelidik, Matthew Muldoon, dalam satu kenyataan. “Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.” Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad. Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan peningkatan pengambilan omega-3. Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut.
HALIA? APA YANG TAHU TENTANGNYA
Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal.
Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand). Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas. Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal,zingiberin, borneol, seniol dan feladren.
Pokok Halia merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Halia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Halia bara pula adalah sejenis halia yang digunakan dalam perubatan tradisional. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah
Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5hingga 6.5. Walau bagaimanapun ianya boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8. Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.
Rizom-rizom (pembiakkan tumbuhan) disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas. Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas. Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia. Anggaran25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar. Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam. Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan berlakunya penyakit layu.
PENYEDIAAN TANAH : Tanah haruslah dibajak dan digembur-gemburkan sebelum membuat penanaman. Buatkan batas 30 cm tinggi 61cm antara batas atas. Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut. Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan.
Jenis-jenis Halia :
1) Jenis Bentong
Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (belendir dan berair). Warna keputih-putihan.
2) Jenis Taiwan
Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
3) Jenis Indonesia
Kegunaan utama halia ialah ia boleh diproses dengan pelbagai jenis kegunaan seperti untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.
Nama-Nama Halia Yang Biasa Kita Dengar :
1) Halia Muda
2) Halia Tua
3) Halia Bara/Merah
Subscribe to:
Posts (Atom)